TARIKH : 23.06.2014
MASA : 830 PAGI
TEMPAT : BILIK MAWAR
NOTA PERBINCANGAN
1. BAJET TAMBAHAN
- DSKP sekali lagi memaklumkan kepada semua pengarah tentang bajet tambahan yang di peroleh dari KBS berjumlah 10 juta dengan pecahan seperti berikut:
- RM 3 juta untuk tabung bola sepak
- RM 3.5 juta untuk program Tenis
- RM 3.5 juta untuk program Badminton
2. PEMBEKALAN ALAT GIM TENIS
- DSKP meluluskan permohonan Cawangan Pelapis untuk pembekalan berjumlah RM180 ribu dan meminta pihak PBT menguruskan pembekalan ini.
3. UNIT BOLA
- PBT memaklumkan masih menunggu arahan rasmi pelantikan 5 orang kakitangan di Unit Bola iaitu En. Safirul, En. Yaacob, En. Shamin, En. Faliq dan seorang lagi yang akan menguruskan unit bola.
4. PERASMIAN BAJU RASMI
- DSKP memaklumkan majlis perasmian akan di adakan pada 26.06 jam 10 pagi di Gimnasium 2. Semua pengarah dan kakitangan MSN di wajibkan hadir.
- Semua atlet di nasihatkan untuk tidak memakai baju harimau yang lama.
- DSKP meminta pihak Bahagian Atlet memastikan pakaian pertandingan bercirikan corak yang baru.
5. BAJET SEA GAMES
- DSKP meminta PBT mendapatkan maklumat berkenaan peruntukan untuk persiapan SEA Games 2017.
6. WAKTU BEKERJA DI BULAN RAMADHAN
- DSKP meminta semua kakitangan mematuhi waktu bekerja yang telah di pilih.
7. JKK GIMNASTIK
- DSKP meminta permohonan pelantikan jurulatih luar negara untuk SSM Gambang di bentangkan di mesyuarat JKK Gimnastik yang akan datang.
- DSKP meminta Bahagian Atlet mengaturkan JKK pada bulan ramadhan ini.
- DSKP menegur En. Kaur Jit Kaur atas kos makan yang dibayar kepada atlet semasa latihan luar negara di Kunming.
8. MAJLIS BERBUKA PUASA MSN
- En. Johari memaklumkan Majlis Berbuka MSN akan di adakan pada 11.07.2014 manakala Majlis Berbuka peringkat KBS akan diadakan pada 03.07.2014.
9. MAJLIS BERBUKA AKADEMI SERANTAU MSN
- DSKP meminta Cawangan Pelapis mengaturkan majlis pada 10.06.2014
Mesyuarat di tangguhkan pada jam 10.30 pagi