Monday, June 30, 2014

NOTA MESYUARAT PAGI BERSAMA DSKP 23.06.2014


TARIKH  : 23.06.2014
MASA      : 830 PAGI
TEMPAT : BILIK MAWAR

NOTA PERBINCANGAN

1. BAJET TAMBAHAN
  • DSKP sekali lagi memaklumkan kepada semua pengarah tentang bajet tambahan yang di peroleh dari KBS berjumlah 10 juta dengan pecahan seperti berikut: 
  • RM 3 juta untuk tabung bola sepak
  • RM 3.5 juta untuk program Tenis
  • RM 3.5 juta untuk program Badminton
2. PEMBEKALAN ALAT GIM TENIS
  • DSKP meluluskan permohonan Cawangan Pelapis untuk pembekalan berjumlah RM180 ribu dan meminta pihak PBT menguruskan pembekalan ini.
3. UNIT BOLA
  • PBT memaklumkan masih menunggu arahan rasmi pelantikan 5 orang kakitangan di Unit Bola iaitu En. Safirul, En. Yaacob, En. Shamin, En. Faliq dan seorang lagi yang akan menguruskan unit bola.
4. PERASMIAN BAJU RASMI
  • DSKP memaklumkan majlis perasmian akan di adakan pada 26.06 jam 10 pagi di Gimnasium 2. Semua pengarah dan kakitangan MSN di wajibkan hadir.
  • Semua atlet di nasihatkan untuk tidak memakai baju harimau yang lama.
  • DSKP meminta pihak Bahagian Atlet memastikan pakaian pertandingan bercirikan corak yang baru.
5. BAJET SEA GAMES
  • DSKP meminta PBT mendapatkan maklumat berkenaan peruntukan untuk persiapan SEA Games 2017.
6. WAKTU BEKERJA DI BULAN RAMADHAN
  • DSKP meminta semua kakitangan mematuhi waktu bekerja yang telah di pilih.
7. JKK GIMNASTIK
  • DSKP meminta permohonan pelantikan jurulatih luar negara untuk SSM Gambang di bentangkan di mesyuarat JKK Gimnastik yang akan datang.
  • DSKP meminta Bahagian Atlet mengaturkan JKK pada bulan ramadhan ini.
  • DSKP menegur En. Kaur Jit Kaur atas kos makan yang dibayar kepada atlet semasa latihan luar negara di Kunming.
8. MAJLIS BERBUKA PUASA MSN
  • En. Johari memaklumkan Majlis Berbuka MSN akan di adakan pada 11.07.2014 manakala Majlis Berbuka peringkat KBS akan diadakan pada 03.07.2014.
9. MAJLIS BERBUKA AKADEMI SERANTAU MSN
  • DSKP meminta Cawangan Pelapis mengaturkan majlis pada 10.06.2014

Mesyuarat di tangguhkan pada jam 10.30 pagi